Monday, November 30, 2015

SEMINAR SPM 2015




Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur telah melaksanakan program tersebut dengan jayanya. Seminar ini telah diadakan pada 7 dan 8 Oktober 2015, telah dihadiri oleh pelajar yang bakal menghadapi SPM seramai 265 orang pelajar terdiri dari sekolah-sekolah angkat YPC dan juga sekolah sekitar cheras. Objektif utama seminar ini ialah untuk membantu murid tingkatan 5 membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan SPM yang akan diadakan pada bulan November 2015. Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Biro Latihan dan Pendidikan Yayasan Pendidikan Cheras iaitu Tuan Haji Jamaludin bin Abdullah.

No comments:

Post a Comment