
Timbalan Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia , (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Asariah Mior Shaharuddin berkata, YPC telah berjaya memainkan peranan yang besar dalam meningkatkan pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah khususnya di Parlimen Cheras dan Wilayah Persekutuan amanya.

Sehubungan itu, beliau berharap komitmen dan kesungguhan YPC sebagai penggerak pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah angkatnya akan diberikan sokongan oleh warga pendidik, ibu bapa dan masyarakat setempat.

Turut hadir di majlis tersebut Pengerusi YPC, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Ahli Lembaga YPC, Tuan Haji Omar Khalid, Ketua-Ketua UMNO Empat Peringkat Bahagian Cheras, warga pendidik dan ibu bapa.

“YPC mengambil inisiatif mewujudkan anugerah tersebut sebagai perangsang kepada para pelajar untuk terus menempa kejayaan cemerlang dan berjaya dalam kehidupan,” ujarnya.
Beliau juga mengingatan para pelajar supaya sentiasa menghargai pengorbanan dan sumbangan ibu bapa dan warga pendidik kerana mendoakana kejayaan mereka.
Pada majlis itu, seramai 260 pelajar sekolah-sekolah angkat YPC telah mencapai keputusan semua A dalam PMR 2010 berbanding 252 pada tahun 2090.
Pelajar yang mendapat 9A menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM200 seorang, hadiah iringan seperti buku motivasi dan sijil penghargaan.
Manakala pelajar 8A dan 7A menerima wang tunai RM150 serta hadiah iringan.

Kategori sekolah kawalan, tempat pertama dimenangi oleh SMK Seri Bintang Selatan dan kedua, SMK Seri Bintang Utara.
Kategori sekolah bukan kawalan pula, tempat pertama SMK (P) Pudu dan kedua, SMK Seri Saujana.
No comments:
Post a Comment