YAYASAN Pendidikan Cheras (YPC) akan mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2010 pada 26 April ini (Selasa) bertempat di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Kuala Lumpur .
Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia , Dato’ Abd. Ghafar Mahmud.
Seramai 130 pelajar akan menerima anugerah tersebut, yang membabitkan 100 pelajar yang mencapai keputusan semua A dalam semua mata pelajaran dan 30 pelajar bumiputera yang mendapat semua A dan 1B akan menerima Anugerah Khas.
Menurut Pengerusi YPC, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, anugerah tersebut merupakan anugerah tahunan yang diadakan bagi mengiktiraf dan meraikan kejayaan cemerlang para pelajar sekolah-sekolah angkat YPC pada peperiksaan SPM 2010.
Katanya, mereka akan menerima sijil penghargaan dan bantuan skim intensif berupa wang tunai.
“YPC pada setiap tahun akan menghargai kejayaan pelajar yang cemerlang dalam setiap kali peperiksaan. Ini merupakan tanggungjawab YPC untuk merangsang pencapaian terbaik pelajar dalam bidang akademik,” katanya.
Beliau berharap penganugerahan tersebut akan menjadi penyuntik semangat kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini.
No comments:
Post a Comment