SERAMAI 300 orang ibu bapa dari sekolah-sekolah menengah dan
rendah Wilayah Pudu, Kuala Lumpur telah menghadiri seminar PIBG anjuran Yayasan
pendidikan Cheras(YPC) baru-baru ini. Objektif utama seminar ini ialah untuk
memberikan pendedahan khusus kepada ibu bapa mengenai perubahan semasa yang
berlaku dalam sistem pendidikan negara.
Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Satu Transformasi
Dalam Sistem Pendidikan Negara merupakan tajuk yang dipilih oleh Biro
Pendidikan YPC. Tajuk ini sangat relevan dengan perubahan semasa yang berlaku
dalam sistem pendidikan hari ini dan ianya melibatkan sekolah secara langsung.
Dua Orang penceramah dari lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu
Dr Rahimah bt Adam dan Ustaz Khalid Ahmad Dahalan telah berkongsi pengetahuan tentang
tajuk tersebut dan berjaya menarik perhatian peserta seminar. Ramai ibu bapa
yang tampil mengemukakan pelbagai soalan, malah mereka mahukan supaya program
seperti ini diadakan selalu.
Menurut pengerusi YPC Datuk Seri Syed Ali Al Habshee,
program yang dilaksanakan oleh YPC tidak tertumpu kepada warga guru sahaja,
malah juga ibu bapa. Seminar tersebut merupakan suatu usaha yang diambil untuk
mengurangkan keresahan ibu bapa mengenai pembelajaran anak-anak di sekolah.
“ kita ucapkan syabas dan tahniah kepada ibu bapa yang hadir,
ianya menunjukkan satu rasa tanggungjawab tentang anak-anak mereka di sekolah.
Ibu bapa tidak boleh menyerahkan anak-anak kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi
mesti ada tannggungjawab bersama, jika ingin melihat anak-anak kita berjaya”
tambah Syed Ali lagi.
Dalam ucapan penutupan seminar,
Datin Hjh Nawal bt Salleh Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia memuji usaha
yang dilaksanakan oleh Yayasan Pendidikan Cheras. Sebagai Badan Bukan Kerajaan
(NGO) ,YPC telah melakskanakan banyak program pendidikan yang memberi banyak kebaikan
kepada semua.
“ Ibu bapa tidak perlu gusar
dengan pelaksanaan PBS dan KBAT di peringkat sekolah, kerana ianya akan
memberikan impak yang baik dan sangat
berguna untuk kejayaan anak-anak pada jangka masa panjang. KBAT boleh
merangsang anak-anak untuk menjadi bijak berfikir” tambahnya lagi.