Monday, September 21, 2015

IPG KAMPUS ILMU KHAS ANJUR DEBAT TERBUKA 2 OKTOBER

     Dr Raziah Abdullsh (tengah) bersama-sama rakan kolaboratif pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas(DeTIK) 2015 
     selepas sidang media pelancarannya di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas menganjurkan pertandingan debat terbuka yang bertujuan membincangkan hal ehwal pendidikan negara selama empat hari di kampus itu di Cheras, Kuala Lumpur bermula 2 Oktober ini.
Timbalan Pengarah IPG kampus Ilmu Khas, Dr. Raziah Abdullah berkata, pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas  (DeTIK) edisi kedua ini diharap dapat menjadi platform kepada pelajar dalam mempraktikkan kemaihran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui medium perdebatan dan perbincangan.
''Pada masa yang sama, DeTIK yang disertai 40 pasukan ini juga berupaya meningkatkan serta meluaskan kefahaman pelajar mengenai isu pendidikan sama ada di dalam atau diluar negara.
''Melalui wahana perdebatan ini diharap dapat memberikan impak yang positif, kesedaran yang tinggi dan pencerahan ilmu yang berguna kepada pelajar dalam membincangkan isu-isuyang berkaitan ,''katanya dalam sidang akhbar di kampus IPG Ilmiu Khas, Kuala Lumpur, baru -baru ini.
DeTIK dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia dan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.
Berbeza dengan pertandingan debat lain, 160 peserta DeTIK berusia 21 tahun ke bawah yang terdiri daripada penuntut IPG, institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, klej universiti dan politeknik.
Menurut Roziah, pertandingan ini masih baharu kepada para peserta justeru boleh dikatakan mereka ini dalam kalangan pendebat ' junior.'
''Yang penting melalui DeTIK, kami harap dapat melahirkan golongan ilmuanyang mampu untuk berhujah penuh berhemah di khalayak ramai disamping memupuk semangat kerjasama berpasukan yang tinggi,'' tegasnya
Selaint itu, jelas beliau, pertandingan debat dalam bahasa Melayu ini juga bertujuan meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa dengan baik dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat, selain memartabatkan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di persada negara, serantau dan antarabangsa.
''Kita juga berharap pelajar dapat mengenali budaya komunikasi yang sihat melalui perbincangan secara ilmiah di samping menjunjung tinggi semangat muhibah dalam kalangan wargapendidik dan memartabatkan ilmu dan nama baik IPG dalam bidang pengucapan awam dan perdebatan bahasa melayu,''
Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 kepada johan danRM1,500 untuk pemenang tempat kedua.
Peringkat akhir dan penyampaian hadiah akan disempurnakan olehTimbalan Menteri Pendidkan I, P. Kamalanathan pada 5 Oktober ini.
Selaku tuan rumah, IPG Ilmu Khas menghantar dua pasukan, begitu juga Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia manakala IPT lain menghantar satu pasukan sahaja. 

Sunday, September 20, 2015

YPC ANJUR SEMINAR PEPERIKSAAN

     Pelajar tingkatan tiga sekolah angkat YPC tekun menjawab soalan dalam Seminar Ppeperiksaan PT3 anjuran Yayasan 
     itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Yayasan Pendidkan Cheras, sejak sesi awal persekolahan tahun ini mengadakan seminar peperiksaan bagi meingkatkan persediaan 500 pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 dari sekolah-sekolah angkatnya.
Baru-baru ini, Bior Latihan dan Pendidikan YPC telah mengundang guru-guru subjek yang berpengalaman untuk membimbing pelajar tingkatan tiga memahami kaedah yang betul menjawab soalan mengikut kehendak struktur peperiksaan dalam satu Seminar Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di Kuala Lumpur. 
 Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, program pendidikan seperti ini akan diadakan secara berterusan agar pelajar di sekolah-sekolah  angkat YPC membuat persediaan secara lebih berfokus untuk menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). PT3 dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
''Seminar peperiksaan yang kita adakan ini, merupakan satu lagi komitmen berterusan YPC unrtuk membantu kecemerlangan sekolah-sekolah angkat.
Kita ingin melihat kejayaan yang berterusan di peringkat sekolah-sekolah angkat , hingga mampu menjadi contoh atau role model kecemerlangan kepada sekolah-sekolah lain, katanya - Artikel akhbar UM -21 Sept 2015

Tuesday, September 15, 2015

DATA RAYA TUTOR MUDAHKAN TUGAS GURU












Ismail Musa (duduk) melihat isi kandungan perisian Data Raya Tutor bersama Edahwati Abdul Halim (tiga dari kiri) 

sambil diperhatikan Othman Mohamad(dua dari kiri) dalam Majlis Pelancaran Data Raya Tutor di SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Laman Portal Pendidikan Utusan Malaysia, Data Raya Tutor diyakini mampu dan memudahkan guru-guru bagi memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran  (P&P) di dalam bilik darjah.
Timbalan Pengarah Pendidikan, Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar/Pudu, Kuala Lumpur, IsmailMusa berkata, pihaknya yakin proses transformasi pendidikan yang sedang dilaksanakan dapat dilakukan dengan lebih midah terutama dalam aspek menintegrasikan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan penggunaan teknologi di dalam bilik darjah dengan adanya pendekatan sebegini.
Katanya, program Data Raya Tuotr itu dilihat sebagai kemudahan untuk meringankan tugas guru-guru dalam mencari bahan pengajaran yang berkualiti, sekaligus mampu meingkatkan prestasi pencapaian akademik para pelajar.
" Saya difahamkan, pelajar dan guru boleh mengakses program Data Raya Tutor secara dalam talian dengan menggunakan pelbagai platform dan gajet iaitu sama ada komputer riba, telefon pintar atau tablet bagi membantu aktiviti pembelajaran serta menjadi rujukan berguna kepada mereka di sekolah.
"Saya yakin penggunaan Data Raya Tutor yang bersifat dalam talian menyediakan gaya pembelajaran terkini penuh bermaklumat, di samping merangsangkan guru serta pendidik bagi memantapkan lagi perancangan, tindakan dan amalan guru ke arah kejayaan pelajar,"katanya ketika berucap dalam majlis Pelancaran Data Raya Tutor anjuran Utusan Malaysia di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Ismail Mohd. Nor, Ahli LembagaPerancang Strategik Unit Pendidik Utusan Malaysia, Datuk Abu Hanipah Pandak Yahaya, Penasihat Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Jalan Peel, Edahwati Abdul Halim dan Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Azman Husin.
Data Raya Tutor merupakan perkongsian P&P antara guru di seluruh negara, berperanan dalam membantu dan memudahkna guru-guru mengakses, memilih, memanipulasi dan memuat turun soalan-soalan yang disediakan.
Data soalannya menepati sukatan pelajaran semasa dan memudahkan pendidik merancang pembelajaran dengan lebih awal melalui bahan terkini serta boleh diakses di laman web www.tutor.com.my.
Sementara itu, Othman berkata, program itu merupakan inisiatif dalam penambahbaikan edisi sedia ada bagi memudahkan wargs guru mengakses isi kandungan pelajaran, mengintegrasikan bahan, sekaligus menyediakan bahan pengajaran lebih baik untuk pelajar.
Katanya, melalui program tersebut, guru-guru dapat menambah dan memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran secara percuma melalui pautan yang disediakan di Data Raya Tutor.
"Data Raya Tutor menggunakan konsep 3T iaitu Tutor, Teacher, Teaching bagi membantu mereka(guru dan pelajar)mendapat segala maklumat terkini melalui soalan - soalan latih tubi yang mengandungi elemen-elemen KBAT, sekaligus meningkatkan pencapaian keputusan murid-murid, katanya.
Dalam pada itu, Edahwati memberitahu, program tersebutmerupakan platform terbaik memudahkan terutamanya guru-guru dalam mencari dan menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti untuk sesi pengajaran.
" Dengan kepesatan teknologi kini, saya yakin program ini mampu membimbing guru-guru dan pelajar untuk memperoleh segala bahan pengajaran dan ilmu pengetahuan dengan lebih cepat dan berkesan 
" Insya-Allah, saya yakin Data Raya Tutor akan memberi banyak manfaat, sekaligus mampu melonjakkan prestasi, katanya, Pada majlis tersebut, YPC  turut menaja 500 akaun Tutor bernilai RM5,000 kepada 12 buah sekolah di sekitar Cheras yang merupakan anak angkatnya termasuk SMK Convent Jalan Peel , SMK Seri Saujana, SMK Seri Permaisuri, SMK Seri BintangUtara, SMK Seri Bintang Selatan, SMK Puterijaya, SMK Miharja, SM Teknik Cheras, SMK Dato' Onn, SMK Perempuan Pudu, SMK Cheras dan SMK Yaakob Latif.-PETIKAN ARTIKEL UTUSAN 15 SEPTEMBER 2015




Tuesday, September 8, 2015

SEMINAR UPSR 2015

Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu (PPWBP) telah menganjur seminar UPSR peringkat sekolah angkat bagi tahun 2015. Tujuan seminar ini adalah untuk membantu murid tauhn 6, membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang akan diadakan pada minggu kedua , bulan september 2015. Penyertaan adalah seramai 240 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6 sekolah angkat dan juga bukan sekolah angkat sekitar Parlimen Cheras. Seminar ini telah berlangsung pada 26 dan 27 Ogos 2015 yang bertempat di Dewan Utama Kolej YPC, Taman Maluri, Cheras.

SEMINAR PT3

Seminar PT3 yang telah diadakan pada 1 dan 2 Sept 2015 bertempat di Kolej YPC IT Web telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar sekolah angkat dan juga bukan sekolah angkat sekitar cheras. Peserta program ini adalah seramai 235 orang pelajar tingkatan 3. Objektif utama seminar ini adalah untuk membantu murid tingkatan 3, membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan PT3 yang akan diadakan pada bulan Oktober 2015.