Yayasan
Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu
(PPWBP) telah menganjurkan seminar kecemrlangan UPSR Siri 4 bagi tahun 2016.
Dalam seminar yang diadakan selama dua (2), telah memfokuskan kepada beberape
subjek seperti Sains, Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Objektif
utama seminar ini adalah untuk membantu murid-murid tahun 6 mendalami format
dan juga teknik menjawab peperiksaan serta fokus kepada silibus yang kerap
ditanya didalam peperiksaan bagi persediaan menghadapi peperiksaan UPSR akan
bermula pada 1 september 2016. Seminar ini telah dihadiri seramai 250 orang
pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah angkat YPC.
Friday, August 5, 2016
MAJLIS PELANCARAN TUTOR UTUSAN MALAYSIA EDISI KHAS UPSR 2016
Yayasan
Pendidikan Cheras sekali lagi telah meneruskan usaha murni iaitu dengan menaja
Akhbar TUTOR Utusan Malaysia Edisi Khas
UPSR 2016. Majlis Pelancaran telah diadakan pada 27 Jun 2016 bertempat di Sekolah
Kebangsaan Seri Bintang Utara. Yayasan Pendidikan Cheras telah menaja seramai
1355 orang murid tahun 6 sekolah-sekolah angkat YPC sebagai persediaan untuk
menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Akhbar TUTOR Utusan Malaysia Edisi Khas
UPSR akan dibekalkan selama 10 minggu kepada 18 Sekolah Angkat YPC.
MAJLIS JAMUAN MAKAN TENGHARI
Pada 24 Mei
2016 bertempat di Tingkat 14, Hotel Bejaya Times Square, Kuala Lumpur Yayasan
Pendidikan Cheras dengan berbesar hati meraikan hari Guru
bersama Mantan Pengetua/Guru Besar juga bersama Pengetua dan Guru Besar Sekolah Angkat Yayasan Pendidikan Cheras
bertemakan “ Erti Budi Kasih Bersemi” . Mantan Pengetua dan Guru Besar yang
dijemput merupakan mereka yang pernah berkhidmat di sekolah- sekolah angkat
Yayasan bermula tahun 2000 sehingga Mei 2016. Selain mantan YPC juga menjemput
Pengetua dan guru besar yang masih berkhidmat di sekolah angkat YPC. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Hajah Fuziah binti Buang, Pengarah Jabatan
Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hj. Ismail bin Musa Timbalan
Pengarah Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu, Pn. Asiah binti Husin, Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Keramat , Pn Rusni
Ab.Jalil, Ketua Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan turut hadir sama adalah Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation, Dato
Hajah Zurainah binti Musa, Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Mahadi b Abdul Shukor, Pengerusi
Yayasan Pendidikan Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee serta CEO YPC Encik
Mohd Ismail Hj .Nor dan Pengerusi Biro Latihan dan Pendidikan YPC Tn.Hj
Jamaludin bin Abdullah. Mantan Pengetua dan Guru besar yang hadir adalah seramai 141 orang.
BENGKEL PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP GURU PRINSIP PERAKAUNAN
Yayasan
Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu
telah menganjurkan satu bengkel pemantapan pedagogi pengajaran dan pembelajaran
bagi subjek prinsip perakaunan kepada guru sekolah menengah peringkat wilayah bangsar dan pudu serta guru
–guru daripada sekolah angkat Yayasan
Pendidiakn Cheras . Dalam bengkel tersebut guru- guru telah didedahkan berkenaan silibus
dan juga format peperiksaan yang terkini dalam subjek prinsip perakaunan. Program ini telah diadakan pada 24 Mei 2016.
SEMINAR KECEMERLANGAN SPM SIRI 1
Yayasan
Pendidikan Cheras dengan kerjsama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu
(PPWBP) telah menganjurkan satu seminar SPM siri 1 pada 21 April 2016 untuk
pelajar – pelajar tingkatan 5 tahun 2016. Objektif seminar ialah untuk membantu
murid-murid tingkatan 5 sekolah-sekolah angkat YPC membuat persiapan menghadapi
peperiksaan SPM 2016. Antara fokus subjek untuk seminar ini adalah Bahasa
Melayu 2 dan MAtematik Moden yang disertai seramai 250 orang pelajar. Dalam seminar tersebut pelajar di dedahkan tentang format peperiksaan dan juga cara untuk menjawab soalan dengan tepat mengikut kehendak atau memenuhi syarat standard yang tetapkan oleh bahagian peperiksaann Kementerian Pelajaran Malaysia.
SEMINAR KECEMERLANGAN UPSR SIRI 3
Motivasi kecemerlangan UPSR siri 3 bagi tahun 2016 telah dilaksanakan
dengan jayanya pada 20 April 2016
bertempat di Kolej International YPC. Dalam siri 3 ini subjek yang di fokus
adalah Bahasa Inggeris 1 dan 2 . Sasaran utama seminar ini untuk membantu
murid-murid Tahun 6 sekolah-sekolah angkat YPC membuat persiapan menghadapi
peperiksaan UPSR 2016 yang akan bermula pada awal september 2016. Dalam program tersebut jumlah pelaajr adalah seramai 250
orang yang terdiri daripada pelajar sekolah angkat YPC.
Subscribe to:
Posts (Atom)