Yayasan Pendidikan Cheras telah
melaksanakan Majlis Anugerah Asia Pacific Conference of Young Scientist ini
telah diadakan dengan meriahnya pada 30 Jun 2020 bertempat di Dewan Rekreasi
Cheras, Jalan Peel, Kuala Lumpur. Dalam majlis ini YPC telah memberikan
anugerah kepada seorang pelajar tingkatan empat daripada Sekolah Menengah Sains
Alam Shah Kuala Lumpur kerana telah mengharumkan nama sekolah dan juga Negara
di peringkat dunia yang telah diadakan di Negara Rusia pada tahun 2019. Pelajar
yang bertuah tersebut ialah Muhammad Harraz
Nazhan Mohd Yusni telah merangkul Anugerah Emas dan Anugerah Khas untuk projek beliau
yang bertajuk “CONVERTING UNUSED WOOD FUNCTIONING TIMBER”.Anugerah ini telah
disampaikan oleh YB Zuraida Kamaruddin,Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan(KPKT), Pengerusi YPC, Y.Bhg Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, turut hadir
sama Y.Bhg Tuan Anand Baharuddin, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah
Berasrama Penuh, Puan Maznah Abu Bakar, Pengarah JPWPKL, Ahli Lembaga YPC dan
CEO YPC Tn.Hj. Mohd Ismail Hj. Mohd Nor. Dalam majlis tersebut Pengerusi telah
menzahirkan ucapan tahniah kepada Pengetua dan Guru-Guru yang telah menyumbang
terhadap kejayaan pelajar dan ibubapa pelajar tersebut yang telah mengasuh dan
mendidik anak sejak kecil hingga meriah kejayaan di peringkat dunia.
No comments:
Post a Comment