Tuesday, October 19, 2021

ROAD SHOW ATAU JELAJAH PENDIDIKAN KE NEGERI TERENGGANU

 Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) telah mengadakan Road Show / Jelajah Pendidikan ke Negeri Terengganu pada 17 dan 18 Oktober 2021

Objektif Road Show tersebut adalah untuk melaksanakan tanggungjawab sosial ataupun CSR dan menyampaikan maklumat tentang program- program YPC dalam usaha melahirkan kumpulan pelajar yang mampu bersaing dengan pemikiran yang kritis dan kreatif serta mempunyai personaliti diri yang unggul.

Pada 17 Oktober 2021, YPC telah menyampaikan sumbangan kepada 40 pelajar anak yatim daripada SBPI Batu Rakit, SM Sains Kuala Terengganu, SM Sains Sultan Mahmud dan SMK Sultan Sulaiman. 

Pada 18 Oktober pula , YPC telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Yayasan Terengganu dan bertukar-tukar idea dan pandangan, antaranya adalah Program Halatuju Kerjaya selepas SPM, Peningkatan Soft Skill seperti Public Speaking,  Leadership Skill dan Program OneSchool Digital di sekolah-sekolah Imtiaz Negeri Terengganu

Terima Kasih kepada pihak pengurusan Yayasan Terengganu dan Pengetua-Pengetua  Sekolah yang telah memberi layanan dan kerjasama  yang cukup baik sepanjang kunjungan YPC ke Terengganu.Semoga hubungan dan kerjasama  erat ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang demi melestarikan pembangunan modal insan dan pendidikan negara.

























No comments:

Post a Comment