Tuesday, August 19, 2014

YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS TAJA 19,404 TUTOR UPSR UNTUK 18 SEKOLAH

     Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee bersama pelajar memegang akhbar Tutor selepas Majlis Perasmian Tajaan Tuotr 
      UPSR untuk Sekolah-Sekolah Aangkat YPC yang turut dihadiri Rosita Abu Bakar(bertudung merah)dan Wahid 
       Hashim(kiri) di kuala lumpur.


Kuala Lumpur 17 Jun - Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menaja sebanyak 19,404 naskhah Tutor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk diedarkan kepada murid di 18 sekolah rendah di kawasan Parlimen Cheras melibatkan 1,386 murid yang bakal menduduki peperiksaan tersebut pada September ini.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Al-Alhabshee berkata, penajaan itu adalah sebahagian daripada komitmen YPC yang menyasarkan kecemerlangan murid untuk mendapatkan keputusan 5A dalam UPSR.

"YPC sentiasa memberi perhatian kepada pendidikan anak-anak di Parlimen Cheras ini dan sedia menyalurkan pelbagai peruntukkan dalam membantu murid terutama yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.

"Oleh itu, diharap murid akan menggunakan Tutor ini sebagai bahan pelajaran tambahan untuk membantu mereka memantapkan teknik menjawab soalan peperiksaan bagi mendapatkan keputusan yang terbaik dalam UPSR 2014, katanya.

Baliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Tajaan Tutor UPSR untuk Sekolah -Sekolah Angkat YPC yang turut dihadiri Pengurus dan Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.

Tajaan naskhah Tutor UPSR berjumlah RM10,000 mulai edisi 22 itu diserahkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Jalan Peel, SK Jalan Peel, SK (P)Pudu 1,SK (P) Pudu 2, SK Yaakob Latif 1, SK Yaakob Latif 2, SK Taman Segar, SK Taman Midah 1, SK Taman Midah 2, dan SK (L) Jalan Batu.

Sekolah lain yang turut mendapat tajaan ialah SK Seri Cheras, Sk Seri Mega, SK Jalan Pasar 1, SK Jalan Pasar 2, SK Seri Bintang Selatan, SK Seri Bintang Utara, SK Hang Tuah 1 dan SK Hang Tuah 2.

Syed Ali berkata, pihaknya mahu murid menimba ilmu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas di samping menjadikan Tutor sebagai bahan rujukan di rumah.

Sementara itu Guru Besar SK Convent Jalan Peel,Pn.Rosita Abu Bakar berkata, penggunaan Tutor UPSR dapat membantu meningkatkan suasana pembelajaran dan persediaan murid menjelang peperiksaan UPSR September iin.

"Penggunaan Tutor akan menambahkan ilmu pengetahuan kepada murid di samping menimbulkan minat mereka untuk belajar dengan penggunaan akhbar dalam darjah.

"Saya percaya murid boleh memperbaiki kelemahan dalam mata pelajaran tertentu apabila menjadikan Tutor sebagai bahan rujukan berfaedah kepada mereka, katanya- petikan artikel utusan Malaysia-18/6/14

No comments:

Post a Comment