Tuesday, October 14, 2014

YPC ANJUR SEMINAR PT3 MANTAPKAN PERSEDIAAN SEKOLAH ANGKAT




Seramai 400 orang pelajar sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) mengikuti Seminar Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk melengkapkan persediaan mereka menghadapi peperiksaan itu di Kolej YPC IT WEB, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, penganjuran seminar itu merupakan satu pendedahan positif kepada pelajar untuk mereka memahami perubahan yang berlaku dalam PT3 sekali gus meningkatkan persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut.
"YPC sentiasa perihatin de­ngan setiap perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan dan berusaha melaksanakan beberapa sesi seminar kecemerlangan yang bertujuan membantu murid-murid di sekolah angkat demi me­ningkatkan prestasi, kejayaan serta pencapaian mereka," katanya.
Empat guru cemerlang mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bertindak sebagai penceramah untuk membimbing pelajar terbabit.
PT3 yang merangkumi soalan berformat kemahiran berfikir aras tinggi mula dilaksanakan pada tahun ini bagi menggantikan pe­periksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Peperiksaan baharu PT3 ini dilihat mampu mencabar daya kreativiti pelajar kerana memerlukan mereka berfikir lebih positif .- Sumber daripada Utusan Malaysia

Tuesday, August 19, 2014

PROFESION GURU IBADAH TERTINGGI




Kerjaya guru bukan sahaja dite­rima sebagai ibadah tetapi lebih merupakan satu ibadah tertinggi daripada ibadah fardu kifayah yang lain, dan akan mendapat ganjaran yang tinggi daripada Allah, kata Habib Ali Zaenal Abidin.

Menurut pendakwah itu, segala usaha titik peluh dan pengorbanan guru akan memberikan kebaikan dan manfaat kepada orang lain, le­bih daripada untuk dirinya sendiri.

"Semua ilmu yang diperoleh akan dapat diperluas penyebaran dan penggunaannya bukan sahaja untuk tujuan ibadah fardu ain seper­ti solat, zakat dan sebagainya tetapi merangkumi ibadah fardu kifayah termasuk bidang kerjaya, antaranya perniagaan, kedoktoran, ekonomi dan politik," katanya.

Beliau berkata demikian dihadapan 300 pengetua, guru besar dan guru dari sekolah-sekolah Zon Bangsar dan Pudu Kuala Lumpur yang menghadiri ceramah anjuran Biro Pendidikan, Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di Kuala lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Al Habshee menegaskan, yayasan tidak hanya memberikan fokus kepada program akademik sahaja, dan ceramah agama ini merupakan satu pendekatan bersepadu yang dapat memberikan manfaat kepada guru.

“Profesyen Guru Sebagai Satu Ibadah sangat releven dengan sambutan Hari Guru tahun ini kerana dapat membentuk satu kefahaman dan kesepakatan di kalangan guru Islam untuk me­laksanakan tugas harian mereka dengan lebih yakin, terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur," ujarnya.

Objektif atau matlamat program ini adalah merupakan sokongan yang sangat padu oleh YPC kepada program sambutan hari guru zon Pudu dan Bangsar. Selain itu, juga untuk menerapkan dan memantapkan pengetahuan agama pada kalangan guru-guru dan juga mewujudkan suatu keinsafan dan ketakwaan terhadap kebesaran Allah SWT.


YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS TAJA 19,404 TUTOR UPSR UNTUK 18 SEKOLAH

     Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee bersama pelajar memegang akhbar Tutor selepas Majlis Perasmian Tajaan Tuotr 
      UPSR untuk Sekolah-Sekolah Aangkat YPC yang turut dihadiri Rosita Abu Bakar(bertudung merah)dan Wahid 
       Hashim(kiri) di kuala lumpur.


Kuala Lumpur 17 Jun - Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menaja sebanyak 19,404 naskhah Tutor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk diedarkan kepada murid di 18 sekolah rendah di kawasan Parlimen Cheras melibatkan 1,386 murid yang bakal menduduki peperiksaan tersebut pada September ini.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Al-Alhabshee berkata, penajaan itu adalah sebahagian daripada komitmen YPC yang menyasarkan kecemerlangan murid untuk mendapatkan keputusan 5A dalam UPSR.

"YPC sentiasa memberi perhatian kepada pendidikan anak-anak di Parlimen Cheras ini dan sedia menyalurkan pelbagai peruntukkan dalam membantu murid terutama yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.

"Oleh itu, diharap murid akan menggunakan Tutor ini sebagai bahan pelajaran tambahan untuk membantu mereka memantapkan teknik menjawab soalan peperiksaan bagi mendapatkan keputusan yang terbaik dalam UPSR 2014, katanya.

Baliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Tajaan Tutor UPSR untuk Sekolah -Sekolah Angkat YPC yang turut dihadiri Pengurus dan Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.

Tajaan naskhah Tutor UPSR berjumlah RM10,000 mulai edisi 22 itu diserahkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Jalan Peel, SK Jalan Peel, SK (P)Pudu 1,SK (P) Pudu 2, SK Yaakob Latif 1, SK Yaakob Latif 2, SK Taman Segar, SK Taman Midah 1, SK Taman Midah 2, dan SK (L) Jalan Batu.

Sekolah lain yang turut mendapat tajaan ialah SK Seri Cheras, Sk Seri Mega, SK Jalan Pasar 1, SK Jalan Pasar 2, SK Seri Bintang Selatan, SK Seri Bintang Utara, SK Hang Tuah 1 dan SK Hang Tuah 2.

Syed Ali berkata, pihaknya mahu murid menimba ilmu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas di samping menjadikan Tutor sebagai bahan rujukan di rumah.

Sementara itu Guru Besar SK Convent Jalan Peel,Pn.Rosita Abu Bakar berkata, penggunaan Tutor UPSR dapat membantu meningkatkan suasana pembelajaran dan persediaan murid menjelang peperiksaan UPSR September iin.

"Penggunaan Tutor akan menambahkan ilmu pengetahuan kepada murid di samping menimbulkan minat mereka untuk belajar dengan penggunaan akhbar dalam darjah.

"Saya percaya murid boleh memperbaiki kelemahan dalam mata pelajaran tertentu apabila menjadikan Tutor sebagai bahan rujukan berfaedah kepada mereka, katanya- petikan artikel utusan Malaysia-18/6/14

Monday, August 18, 2014

SEMINAR UPSR MANTAPKAN PERSEDIAAN PELAJAR SEKOLAH ANGKAT YPC







Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menganjurkan seminar khas untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada 250 calon peperiksaan itu daripada sekolah-sekolah angkatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Objektif utama seminar ini adalah untuk membimbing dan menbantu murid-murid sekolah angkat YPC yang terpilih memantapkan persediaan mereka untuk menduduki UPSR pada awal September 2014.

Dibawah bimbingan Guru Cemerlang yang berpengalaman, seminar ini fokus kepada subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Seminar ini merupakan kesinambungan kepada beberapa program kecemerlangnan yang telah dilaksanakan oleh YPC sejak awal tahun ini bagi meningkatkan pencapaian dan kejayaan murid serta prestasi sekolah-sekolah angkatnya dalam peperiksaan UPSR tahun 2014.

Mulai Jun lalu, YPC menaja akhbar pendidikan Tutor Utusan Malaysia kepada 1,350 murid tahun 6 sekolah- sekolah angkatnya bagi tempoh 12 minggu sehingga bermulanya peperiksaan UPSR. - artikel penuh utusan malaysia-18/8/14

Program Minat Sains dan Matematik Sekolah-Sekolah Angkat Peringkat Menengah

Program Minat Sains dan Matematik telah diadakan pada hari Rabu 5 Mac 2014 di Kolej YPC-iTWEB. Sebanyak 13 buah sekolah telah menyertai program tersebut. Sekolah-sekolah tersebut merupakan sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras dan sekolah jemputan. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan minat dan kefahaman murid sederhana dalam mata pelajaran sains dan matematik. Selain itu, program ini dapat melatih murid mencari informasi berguna ketika melibatkan diri dalam aktiviti sains dan matematik yang dijalankan. Di samping itu, murid juga akan mendapat pengalaman yang berharga untuk lebih mendalami ilmu sains dan matematik.

Thursday, February 13, 2014

PROGRAM MOTIVASI AWAL PMR 2014

Yayasan Pendidikan cheras (YPC) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu, telah  mengambil inisiatif melaksanakan program motivasi awal sesi persekolahan tahun 2014. Program ini melibatkan seramai 200 orang pelajar peringkat PMR, yang terpilih dari sekolah-sekolah angkat YPC.

.         Objektif program motivasi ini adalah untuk menyerlahkan potensi diri agar mereka dapat membuat sasaran (goal setting) pembelajaran yang betulvserta murid dapat mengamalkan kaedah kemahiran belajar dengan cara yang berkesan dan dapat membimbing murid memahami konsep menuntut ilmu berasaskan kepada konsep Islam. 








Wednesday, February 12, 2014

MOTIVASI MEMBENTUK MURID LEBIH FOKUS

YAYASAN Pendidikan Cheras (YPC) menganjurkan Program Motivasi Awal Sesi Persekolahan 2014 kepada 400 orang murid sekolah -sekolah angkatnya untuk membimbing mereka supaya memahami kaedah pembelajaran secara lebih berfokus.
Pengerusi  YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pihaknya menyediakan program yang dapat membantu murid lebih berfokus dan mempunyai sasaran dalam belajar supaya mereka akan lebih yakin serta berjaya dalam akademik.
Jika sasaran telah dibuat dari awal lagi, ini akan membolehkan seseorang  murid itu lebih berfokus dalam pembelajaran mereka dan akan berusaha gigih untuk mencapai kejayaan, katanya dalam satu kenyataan baru - baru ini.
Program anjuran Biro Latihan dan Pendidikan YPC dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur(PPWBPKL)ini melibatkan kumpulan murid yang terpilih daripada 12 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah dari zon Pudu.
Fokus utama program ini adalah untuk memberi kefahaman kepada murid tentang konsep menetapkan sasaran(goal setting) dalam pembelajaran kerana kajian rambang oleh pihak penganjur mendapati sebahagian besar daripada pelajar yang telah mengikuti beberapa program pendidikan anjuran YPC sebelum ini tidak begitu jelas atau kurang memahami konsep berkenaan.
Faktor ini menjadi halangan kepada murid sekolah - sekolah angkat YPC untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.
Melalui program ini, calon yang bakal menduduki peperiksaan awam dibimbing dengan pendekatan kaedah - kaedah pembelajaran secara berkesan (effective learning).
Menurut Penyelia Kanan Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu (PPWBP), Rosnani Md. Pungot, menetapkan sasaran adalah penting justeru murid perlu diberikan pendedahan dari awal sesi persekolahan.
Peserta program juga berpeluang untuk dibimbing bagi menentukan hala tuju mereka, merancang dan memahami kaedah belajar yang berkesan bagi mendapatkan hasil yang  terbaik,tambahnya.
Selain itu, satu daripada perkara utama yang ditekankan dalam pengisisan program ini adalah pendekatan menuntut ilmu dari perspektif islam.
Ketua Unit Dakwah Jabatan Pelajaran Negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPNWPKL), Ustaz Zulkifly Ahmad menyifatkan program ini sebagai satu pendekatan yang holistik dan menyeluruh. 
Inilah sebenarnya bentuk transformasi yang kita ingin lihat berlaku di kalangan murid islam. Murid belajar bersungguh - sungguh kerana ingin berjaya dan pada masa yang sama mereka memahami bahawa menuntut ilmu adalah satu ibadah yang dituntut oleh agama kita, jelasnya- Utusan 10 Februari 2014

Tuesday, February 11, 2014

MOTIVASI UPSR 2014

Program motivasi UPSR 2014 yang dirancang kepada  pelajar - pelajar tahun 6 sekolah -sekolah angkat berjalan dengan jayanya pada 22 Januari 2014 bertempat di Kolej YPC IT-WEB. Program ini diserta oleh 17 buah sekolah angkat iaitu seramai 190 pelajar dan disusuri dengan tiga slot iaitu slot Goal setting yang disampaikan oleh penceramah Pn. Rosnani Hj. Md Pungot, Slot kedua tentang Effective Learning yang disampaikan oleh En. Izudin Syah Abdullah yang menyentuh tentang cara belajar yang berkesan. Dalam program tersebut juga telah diselitkan sekali program Promosi Bahasa Inggeris yang telah disampaikan oleh Cik Nabila.. Manakala slot yang ketiga bertajuk Menuntut Ilmu Daripada Perspektif Isalam yang disampaiakan oleh Ustaz Abdul Aziz. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar yang akan mendududki peperiksaan UPSR cara belajar yang betul dan kesan.

Sunday, January 26, 2014

YPC PERUNTUKKAN DANA LAKSANA PROGRAM PENDIDKAN

Yayasan Pendidikan Cheras telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM300,000 untuk perlaksanaan program pendidikan di sekolah - sekolah angkat YPC bagi sesi persekolahan 2014.Yayasan Pendidikan Cheras akan meneruskan tanggungjawb untuk membantu sekolah - sekolah angkat dalam melaksana dan menjayakan program kecemerlangan akademik, kokurikuulm, sukan dan sahsiah diri serta lain - lain program yang mnejjurus kepada pembangunan modal insan.

Wednesday, January 22, 2014

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

  Yayasan Pendidikan Cheras telah mengadakan satu lagu usahasama dengan Pusat Pengajian Tinggi iaitu satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Yayasan Pendidikan Cheras yang disaksikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.Majlis ini berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi bertempat di Hotel Puri Punjanga UKM, Bangi. YPC diwakili Pengerusinya, Datuk Seri Syed Ali Al Habshee manakala UKM diwakili Naib Canselornya, Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.
MoU itu bagi mewujudkan perkongsian pintar yang kemas, tersusun dan strategik antara YPC dan UKM dalam menjayakan agenda transformasi negara khususnya meningkatkan modal insan.

Datuk Seri Ahmad  Husni HanadzlaH (tengah) menyaksikan Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (kanan) dan Syed Ali Alhabshee menandatangani  memorandum persefahaman antara UKM dan YPC di Puri Pujangga, UKM ,Bangi, Selangor

Sunday, January 19, 2014

PROGRAM SEMINAR KECEMERLANGAN SPM SEKOLAH - SEKOLAH ANGKAT YPC DAN SEKOLAH - SEKOLAH ZON PUDU

Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu (PPWBP) telah berjaya melaksanakan program seminar kecemerlangan SPM  bagi tahun 2013yang bertempat di Kolej YPC-ITWEB pada 25 dan 26 september. Objektif utama seminar ini adalah untuk menyampaikan maklumat mengenai cara – cara teknik menjawab peperiksaan SPM dengan berkesan serta menyemai minaat pelajar dalam bidang perakaunan, pengurusan perniaggan, ICT dan multimedia. Selain itu, tujuan seminar ini juga adalah untuk mengembangkan potensi dan minat pelajar dalam bidang tersebut. Dalam seminar tersebut seramai 300 orang pelajar telah menyertainya dari sekolah – sekolah angkat YPC dan beberapa sekolah zon pudu. Majlis di akhiri dengan pemyampaian sijil – sijil kepada para peserta seminar dan juga AJK  oleh Dato Dr. Noel Robert, CEO Kolej YPC IT-WEB.


Dato Dr. Noel Menyampaikan sijil kepada penceramah disaksikan oleh Tn .H.j Jamaludin Pengerusi Biro
Latihan dan Pendidikan Yayasan Pendidikan Chera



SEMINAR KECEMERLANGAN PELAJAR UPSR TAHUN 2013 SEKOLAH - SEKOLAH ANGKAT YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS

20 –21 Ogos 2013 - Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Wilayah Bangsar Pudu telah mengadakan seminar kecemerlangan pelajar UPSR  bagi calon yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2013.Seramai 200 orang murid tahun 6 yang terdiri daripada 18 sekolah angkat YPC telah terlibat dalam seminar tersebut.Seminar ini memberi tumpuan kepada murid – murid sekolah angkat YPC untuk meningkatkan bilangan murid yang memperoleh semua  ‘A ‘ dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan awam. Acara perasmian seminar kecemerlangan di dahului dengan ucapan perasmian Naib Pengerusi Seminar Kecemerlangan UPSR 2013 , Puan Esah bt Kasim , GPK Tadbir dan Kurikulum SK Convent Jalan Peel .Beberapa orang penceramah jemputan telah diundang untuk menyampaikan dan berkongsi maklumat serta teknik menjawab soalan UPSR .Bagi matapelajaran Bahasa Inggeris Puan Zuraini bt Ismail Khan ( SK Convent Sentul 2 ), Encik Ahmad Mokhtar bin Ghalib ( SK Jalan  Gurney 1) subjek Matematik ,Puan Siti Rajanah bt Jaafar ( SK Taman Midah 2 ), Encik Nazeri bin Mohamad Nor ( SK Sultan Hisamudin ), matapelajaran sains.