Pada 21 dan
22 September 2016, Yayasan Pendidikan
Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu (PPWBP) telah menganjur satu seminar yang sangat
bermanfaat kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mengambil subjek perdagangan dan ekonomi asas. Pelajar-pelajar
yang terlibat adalah pelajar dari sekolah angkat dan juga pelajar dari beberapa
buah sekolah yang dijemput oleh PPWBP sekitar cheras. Objektif utama diadakan
seminar ini ialah untuk membantu murid
tingkatan 5 dalam subjek Ekonomi Asas dan Perdagangan meningkatkan
persiapan bagi menghadapi peperiksaan SPM akan diadakan pada bulan November
2016. Untuk seminar kali ini jumlah penyertaan adalah seramai 310 orang pelajar
yang mana terdiri daripada 12 buah sekolah angkat, dan 3 buah dari sekolah yang
berhampiran dengan Yayasan Pendidikan Cheras iaitu SMK Cochrane, SMK Datok
Lokman dan SMISTA dan juga Sekolah jemputan PPWBPKL.Seminar ini telah diadakan diKolej Antarabangsa YPC.
Friday, September 23, 2016
SEMINAR KECEMERLANGAN PT3 SIRI 4/2016
Seminar kecemerlangan PT3 yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 17 dan
18 Ogos 2016 bertempat Kolej
Antarabangsa YPC. Seramai 250 orang pelajar tingkatan 3 daripada
sekolah-sekolah angkat YPC dan beberapa sekolah di sekitar seperti Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA), Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman juga telah menghadiri seminar tersebut. Dalam seminar
tersebut memberikan fokus kepada 4 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Sains dan Matematik. Penceramah adalah
terdiri daripada 4 orang guru cemerlang
bagi subjek berkenaan telah diundang untuk menjayakan seminar tersebut.
Pelajar- pelajar dibimbing untuk memahami teknik belajar dan teknik menjawab
soalan yang betul dan mudah untuk mendapat markah. Objektif utama seminar ialah untuk membantu
pelajar-pelajar sekolah angkat meningkatkan persediaan menghadapi peperiksaan
PT3 pada bulan Oktober.
SEMINAR KECEMERLANGAN SEJARAH SPM
Pada 10 Ogos 2016 Yayasan
Pendidikan Cheras dengan kerjasama
Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur telah menganjurkan Seminar
Kecemerlangan SPM bagi subjek sejarah.
Objektif utama seminar ini ialah untuk membantu dan membimbing persediaan pelajar
sekolah-sekolah angkat YPC bagi menghadapi peperiksaan SPM 2016. Bengkel ini
adalah untuk persediaan pelajar dalam memahirkan teknik dan juga cara untuk
menjawab kertas sejarah yang telah diperbaharui formatnya iaitu telah
dibahagikan kepada 3 kertas yang terdiri daripada kertas 1 soalan objektif,
kertas 2 soalan subjektif dan esei dan
kertas 3 soalan terbuka daripada buku teks. Bengkel ini telah dirasmikan oleh
Timbalan Pengarah, Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu, Tuan Haji Ismail bin
Musa. Jumlah pelajar yang menyertai
bengkel ini adalah seramai 250 orang daripada sekolah angkat dan juga sekolah
disekitar Parlimen Cheras yang mana bukan dari sekolah angkat seperti SMK Datok Lokman, SMK Cochrane dan juga Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA).
Friday, August 5, 2016
SEMINAR KECEMERLANGAN UPSR SIRI 4/2016
Yayasan
Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu
(PPWBP) telah menganjurkan seminar kecemrlangan UPSR Siri 4 bagi tahun 2016.
Dalam seminar yang diadakan selama dua (2), telah memfokuskan kepada beberape
subjek seperti Sains, Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Objektif
utama seminar ini adalah untuk membantu murid-murid tahun 6 mendalami format
dan juga teknik menjawab peperiksaan serta fokus kepada silibus yang kerap
ditanya didalam peperiksaan bagi persediaan menghadapi peperiksaan UPSR akan
bermula pada 1 september 2016. Seminar ini telah dihadiri seramai 250 orang
pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah angkat YPC.
MAJLIS PELANCARAN TUTOR UTUSAN MALAYSIA EDISI KHAS UPSR 2016
Yayasan
Pendidikan Cheras sekali lagi telah meneruskan usaha murni iaitu dengan menaja
Akhbar TUTOR Utusan Malaysia Edisi Khas
UPSR 2016. Majlis Pelancaran telah diadakan pada 27 Jun 2016 bertempat di Sekolah
Kebangsaan Seri Bintang Utara. Yayasan Pendidikan Cheras telah menaja seramai
1355 orang murid tahun 6 sekolah-sekolah angkat YPC sebagai persediaan untuk
menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Akhbar TUTOR Utusan Malaysia Edisi Khas
UPSR akan dibekalkan selama 10 minggu kepada 18 Sekolah Angkat YPC.
MAJLIS JAMUAN MAKAN TENGHARI
Pada 24 Mei
2016 bertempat di Tingkat 14, Hotel Bejaya Times Square, Kuala Lumpur Yayasan
Pendidikan Cheras dengan berbesar hati meraikan hari Guru
bersama Mantan Pengetua/Guru Besar juga bersama Pengetua dan Guru Besar Sekolah Angkat Yayasan Pendidikan Cheras
bertemakan “ Erti Budi Kasih Bersemi” . Mantan Pengetua dan Guru Besar yang
dijemput merupakan mereka yang pernah berkhidmat di sekolah- sekolah angkat
Yayasan bermula tahun 2000 sehingga Mei 2016. Selain mantan YPC juga menjemput
Pengetua dan guru besar yang masih berkhidmat di sekolah angkat YPC. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Hajah Fuziah binti Buang, Pengarah Jabatan
Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hj. Ismail bin Musa Timbalan
Pengarah Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu, Pn. Asiah binti Husin, Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Keramat , Pn Rusni
Ab.Jalil, Ketua Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan turut hadir sama adalah Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation, Dato
Hajah Zurainah binti Musa, Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Mahadi b Abdul Shukor, Pengerusi
Yayasan Pendidikan Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee serta CEO YPC Encik
Mohd Ismail Hj .Nor dan Pengerusi Biro Latihan dan Pendidikan YPC Tn.Hj
Jamaludin bin Abdullah. Mantan Pengetua dan Guru besar yang hadir adalah seramai 141 orang.
BENGKEL PEMANTAPAN PEDAGOGI PdP GURU PRINSIP PERAKAUNAN
Yayasan
Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu
telah menganjurkan satu bengkel pemantapan pedagogi pengajaran dan pembelajaran
bagi subjek prinsip perakaunan kepada guru sekolah menengah peringkat wilayah bangsar dan pudu serta guru
–guru daripada sekolah angkat Yayasan
Pendidiakn Cheras . Dalam bengkel tersebut guru- guru telah didedahkan berkenaan silibus
dan juga format peperiksaan yang terkini dalam subjek prinsip perakaunan. Program ini telah diadakan pada 24 Mei 2016.
SEMINAR KECEMERLANGAN SPM SIRI 1
Yayasan
Pendidikan Cheras dengan kerjsama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu
(PPWBP) telah menganjurkan satu seminar SPM siri 1 pada 21 April 2016 untuk
pelajar – pelajar tingkatan 5 tahun 2016. Objektif seminar ialah untuk membantu
murid-murid tingkatan 5 sekolah-sekolah angkat YPC membuat persiapan menghadapi
peperiksaan SPM 2016. Antara fokus subjek untuk seminar ini adalah Bahasa
Melayu 2 dan MAtematik Moden yang disertai seramai 250 orang pelajar. Dalam seminar tersebut pelajar di dedahkan tentang format peperiksaan dan juga cara untuk menjawab soalan dengan tepat mengikut kehendak atau memenuhi syarat standard yang tetapkan oleh bahagian peperiksaann Kementerian Pelajaran Malaysia.
SEMINAR KECEMERLANGAN UPSR SIRI 3
Motivasi kecemerlangan UPSR siri 3 bagi tahun 2016 telah dilaksanakan
dengan jayanya pada 20 April 2016
bertempat di Kolej International YPC. Dalam siri 3 ini subjek yang di fokus
adalah Bahasa Inggeris 1 dan 2 . Sasaran utama seminar ini untuk membantu
murid-murid Tahun 6 sekolah-sekolah angkat YPC membuat persiapan menghadapi
peperiksaan UPSR 2016 yang akan bermula pada awal september 2016. Dalam program tersebut jumlah pelaajr adalah seramai 250
orang yang terdiri daripada pelajar sekolah angkat YPC.
Tuesday, April 5, 2016
YPC fokus sains, matematik untuk pelajar sekolah angkat
Yayasan Pendidikan Cheras menggunakan strategi lautan biru untuk membuka
minda dan daya fikir pelajar di 37 sekolah angkatnya iaitu dengan memberi fokus
terhadap penguasaan subjek Sains dan Matematik.
Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, dua subjek
ini penting bukan sahaja untuk membantu pelajar cemerlang dalam peperiksaan
awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan
Tiga (PT3) malah demi kerjaya masa depan mereka.
“Penerapan ilmu sains dan matematik dari peringkat awal dan
secara berterusan akan dapat meningkatkan minat mereka dalam bidang tersebut
sekali gus menjadikan mereka lebih yakin dan berfokus untuk belajar,” katanya.
YPC menganjurkan Seminar Kecemerlangan Sains dan Matematik yang
melibatkan 500 pelajar tahun enam dan tingkatan tiga sekolah angkatnya di Kolej
Antarabangsa YPC di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Seminar ini merupakan kesinambungan terhadap beberapa program
pendidikan yang telah dianjurkan oleh YPC sejak dari awal sesi persekolahan 2016.
Objektif utama seminar adalah bagi memupuk minat pelajar,
aplikasi konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan memahami kaedah
efektif untuk cemerlang dalam subjek Sains dan Matematik.
Seminar dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Wilayah
Bangsar Pudu ini dikendalikan guru cemerlang subjek berkenaan.- petikan utusan 4 april 2016
Guru Cemerlang Matematik,
Alima Ahmad memberi tunjuk ajar kepada peserta seminar Kecemerlangan PT3 subjek
Sains dan Matematik di Kolej Antarabangsa YPC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
YPC rai 261 pelajar bumiputera cemerlang
SYED ALI ALHABSHEE
(belakang) bersama pelajar dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR, PT3
dan SPM 2015 di Kuala Lumpur, semalam. Utusan/Aizzul A. Majid
KUALA LUMPUR 30 Mac – Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) meraikan
dan memberi pengiktirafan kepada 261 pelajar bumiputera sekolah angkatnya yang
cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran
Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di Kolej
Antarabangsa YPC di sini hari ini.
Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, anugerah
berbentuk Sijil Simpanan Premium (SSP) yang keseluruhannya berjumlah RM50,000
ini sebagai insentif dan galakan serta suntikan motivasi untuk pelajar cemerlang
itu terus berjaya pada masa depan.
“Hadiah dalam bentuk SSP ini bagi menggalakkan dan mendidik
pelajar menabung sebagai simpanan masa depan di samping menyediakan peluang
memenangi cabutan bertuah, bagaimanapun mereka boleh menebus SSP dengan wang
tunai pada bila-bila masa sahaja,” katanya ketika berucap dalam Majlis Anugerah
Pelajar Cemerlang UPSR, PT3 dan SPM 2015, di sini hari ini.
Pelajar cemerlang SPM yang memperoleh keputusan tujuh A dan
lebih menerima SSP bernilai RM200 hingga RM300, PT3 (RM100 hingga RM200)
manakala UPSR pula RM40 (4A) dan RM50 (5A).
Selain itu, dalam majlis sama, YPC turut menyampaikan sumbangan
kepada 14 sekolah angkatnya.- Petikan
dari akhabar utusan 31 Mac 2016.
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG USPR. PT3 DAN SPM 2015
Yayasan Pendidikan Cheras meraikan dan memberi pengiktirafan kepada 261 orang pelajar bumiputera sekolah angkat yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015. Program ini telah diadakan di Kolej Antarabangsa YPC, Anugerah telah disampaikan oleh Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. Sebagai suntukan semangat ssetiap pelajar cemerlang SPM yang mmeperoleh keputusan straight A hingga 7A menerima SSP bernilai RM200 hingga RM300, PT3 menerima SSP bernilai rm100 hingga rm250 manakala UPSR pula RM40 bagi yang mendapat 4A dan RM50 untuk yang mendapat 5A. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee kepada semua penerima 261 orang pelajar. Dalam majlis tersebut juga beliau telah menyampaikan cek sumbangan kepada sekolah -sekolah angkat YPC dan bukan sekolah angkat sebanyak 16 buah sekolah antaranya SMK Miharja, SMK Yaacob Latih, SMK Puterijaya, Sek.Pend. Khas Jalan Peel, Sek Pend. Khas (Cacat Penglihatan ) Jalan Batu, SRA Aslahiyah, manakala bukan sekolah angkat terdiri daripada SK Sentul 1 dan SMK Cochrane, setiap cek bernilai RM500 yang disumbangka untuk tujuan pembangunan sekolah.
BENGKEL BAHASA MELAYU GURU-GURU TAHUN ENAM PERINGKAT WILAYAH BANGSAR PUDU
Dalam
kerancakan YPC melaksanakan program untuk pelajar –pelajar sekolah angkat tidak
dilupakan juga program untuk guru-guru. Pada 24 Mac 2016 Yayasan Pendidikan
Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu (PPWBPKL) telah
melaksanakan program seminar untuk guru-guru Bahasa Melayu . Objektif program
ini ialah untuk memberi pendedahan dan input tambahan kepada guru-guru subjek
Bahasa Melayu perinkat Rendah mengenai perubahan dan penstrukturan baru dalam
subjek tersebut. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Tn.Hj. Ismail bin Musa
Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu. Turut hadir sama
Pengerusi Biro Latihan dan Pendidikan YPC iaitu Hj. Jamaludin bin Abdullah.
Motivasi Kecemerlangan PT3 Siri 2
Motivasi kecemerlangan PT3 siri 2 bagi tahun 2016
telah dilaksanakan dengan jayanya pada 23 Mac
2016 bertempat di Kolej International YPC. Dalam siri 2 ini subjek yang
di fokus adalah Sains dan Matematik . Sasaran utama seminar ini untuk membantu
murid-murid Tingkatan 3 sekolah-sekolah angkat YPC membuat persiapan menghadapi
peperiksaan PT3 2016.
Monday, March 14, 2016
Porgram Kecemerlangan UPSR Siri 2
Program kecemerlangan UPSR Siri 2,
telah diadakan pada 2 Mac 2016 yang memberi penekanan kepada subjek sains dan
matematik dalam UPSR dimana fokus cara menjawab soalan mengikut format
peperiksaan sebenar UPSR. Sasaran utama program ini adalah membantu dan
memantapkan persediaan murid sekolah-sekolah angkat YPC bagi
Motivasi Kecemerlangan PT3 Siri 1
Motivasi kecemerlangan PT3 siri 1 bagi tahun 2016
telah dilaksanakan dengan jayanya pada 24 februari 2016 bertempat di Kolej
International YPC. Fokus utama dalam motivasi ini adalah KBAT dalam Bahasa
Melayu PT3. Objektif utama motivasi ini untuk membimbing dan memberi pendedahan
awal kepada pelajar-pelajar tingkatan 3
sekolah- sekolah angkat YPC untuk
membuat persiapan menghadapi peperiksaan PT3 2016.
Motivasi Kecemerlangan UPSR Siri 1
Seminar kecemerlangan UPSR siri 1 untuk tahun 2016 telah dilaksanakan dengan
jayanya pada 3 februari 2016 bertempat di Kolej International YPC. Fokus utama
dalam motivasi ini adalah KBAT dalam Bahasa Melayu. Sasaran utama motivasi ini untuk
membimbing dan memberi pendedahan awal dan juga suntikkan semangat kepada
murid-murid tahun 6 sekolah- sekolah angkat YPC bagi membuat persiapan
menghadapi peperiksaan UPSR 2016.
Majlis Jamuan Awal Tahun 2016
Permulaan
awal tahun 2016
Yayasan Pendidikan Cheras telah mengadakan majlis jamuan tengah hari
sempena sesi persekolahan 2016 sekolah-sekolah angkat pada 14 januari 2016 bertempat di Dewan Utama
Pusat Rekreasi Cheras. Majlis Jamuan ini diadakan sebagai satu semangat
berpasukan dan penghargaan kepada warga pendidika yang sentiasa komited
dalam semua program pendidikan yang dilaksanakan pada peringkat sekolah-sekolah
angkat. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bin Hassan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP). Dalam majlis tersebut Datuk Seri Syed Ali telah memberikan cadangan atau peluang kepada sekolah-sekolah angkat YPC untuk memohon sumbangan atau dana ke Yayasan Wilayah Persekutuan selain dari YPC. Hajah Foziah binti Buang memohon kepada sekolah -sekolah angkat agar memberi kerjasama kepada Yayasan Pendidikan Cheras dalam penyertaan program yang dianjurkan oleh YPC sama program yang berkaitan dengan pendidikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)