Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Pejabar Pelajaran Wilayah Bangsar
Pudu Kuala Lumpur (PPWBP KL) telah menganjurkan kursus perancangan Strategik
kepada semua Ketua Panitia Sekolah-sekolah Angkat YPC dan juga sekolah wikayah
Pudu. Sasaran utama kursus ini adalah unruk merancang plan staregik kurikulum
dan panitia sekolah dari segi pembelajaran dan pengajaran yang lebih efektif
dan berkesan kepada pelajar pada masa hadapan. Kursus ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Sekolah iaitu Pn.Sharimah binti Ramli. Penceramah dijemput khas dari Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pn Rosnani bniti Hj Md Pungot.
Friday, December 11, 2015
MESYUARAT AGONG JAWATANKUASA GURU BIMBINGAN & KAUNSELING SEKOLAH RENDAH WILAYAH PUDU 2015
Pada 16 November 2015, Yayasan Pendidkan Cheras telah
mengadakan kerjasama dengan Jawatankuasa Guru bimbingan dan kaunseling sekolah
rendah wilayah Pudu 2015. Mesyuarat tersebut telah dihadiri seramai 60 orang
guru kaunseling wilayah pudu. Objektif mesyuarat tersebut adalah untuk
membincangkan masalah yang dihadapi oleh guru kaunseling dan cara untuk
mengatasi dimasa akan datang.
Monday, November 30, 2015
MAJLIS MESYUARAT GURU BESAR DAN PENGETUA WILAYAH BANGSAR PUDU
Pada 6
November 2015 Yayasan Pendidikan Cheras telah mengadakan kerjasama dengan
Majlis Pebgetua dan Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah
menganjurkan kursus Protokol dan Etika kepada Guru- guru besar Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Penyertaan kursus tersebut adalah seramai 160 orang
guru besar yang terdiri dari seklah angkat Yayasan Pendidkan Cheras serta
wilayah persekutuan. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran
Wilayah Bangsar Pudu iaitu Tuan Haji Ismail bin Musa serat Ketua Pegawai
Eksekutif Yayasan Pendidikan Cheras, Mohd
Ismail hj Mohd Nor dan juga Pengerusi Biro Latihan dan Pendidkan YPC Hj.
Jamaludin bin Abdullah.
KURSUS PROTOKOL DAN ETIKA GURU- GURU BESAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Pada 4 November 2015 Yayasan Pendidikan Cheras telah
mengadakan kerjasama dengan Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
telah menganjurkan kursus Protokol dan Etika kepada Guru- guru Besar Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Penyertaan kursus tersebut adalah seramai 250 orang
guru besar yang terdiri dari sekolah angkat Yayasan Pendidkan Cheras serta Guru Besar wilayah persekutuan. Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan Pendidikan
Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan
Pendidikan Cheras, Mohd Ismail hj Mohd
Nor, Pengerusi Persatuan Guru-guru Besar Wiayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
juga Pengerusi Biro Latihan dan Pendidkan YPC Hj. Jamaludin bin Abdullah Objektif seminar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua guru-guru besar berkaitan etika berdepan dengan orang sekeliling dan suasana pentadbiran dipersekitaran sekolah.
SEMINAR PRINSIP PERAKAUNAN 2015
Pada 15 Oktober 2015, Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu telah menganjur satu
seminar yang sangat bermanfaat kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang
mengambil subjek prinsip perakaunan. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah
pelajar dari sekolah angkat dan juga beberaap buah sekolah sekitar cheras.
Objektif utama diadakan seminar ini ialah untuk membantu murid tingkatan 5 yang mengambil subjek
Prinsip Akaun, membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan SPM akan diadakan
pada bulan November 2015. Dengan adanya seminar seperti ini akan dapat membantu pelajar-pelajar lebih mendalami tentang prinsip akaun dan formula yang penting dalam subjek tersebut dari penceramah yang dijemput khusus yang pakar dalam subjek tersebut.
SEMINAR SPM 2015
Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Pejabat
Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur telah melaksanakan program tersebut
dengan jayanya. Seminar ini telah diadakan pada 7 dan 8 Oktober 2015, telah dihadiri oleh pelajar yang bakal
menghadapi SPM seramai 265 orang pelajar terdiri dari sekolah-sekolah angkat
YPC dan juga sekolah sekitar cheras. Objektif utama seminar ini ialah untuk
membantu murid tingkatan 5 membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan SPM
yang akan diadakan pada bulan November 2015. Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Biro Latihan dan Pendidikan Yayasan Pendidikan Cheras iaitu Tuan Haji Jamaludin bin Abdullah.
Monday, September 21, 2015
IPG KAMPUS ILMU KHAS ANJUR DEBAT TERBUKA 2 OKTOBER
Dr Raziah Abdullsh (tengah) bersama-sama rakan kolaboratif pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas(DeTIK) 2015
selepas sidang media pelancarannya di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
selepas sidang media pelancarannya di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas menganjurkan pertandingan debat terbuka yang bertujuan membincangkan hal ehwal pendidikan negara selama empat hari di kampus itu di Cheras, Kuala Lumpur bermula 2 Oktober ini.
Timbalan Pengarah IPG kampus Ilmu Khas, Dr. Raziah Abdullah berkata, pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) edisi kedua ini diharap dapat menjadi platform kepada pelajar dalam mempraktikkan kemaihran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui medium perdebatan dan perbincangan.
''Pada masa yang sama, DeTIK yang disertai 40 pasukan ini juga berupaya meningkatkan serta meluaskan kefahaman pelajar mengenai isu pendidikan sama ada di dalam atau diluar negara.
''Melalui wahana perdebatan ini diharap dapat memberikan impak yang positif, kesedaran yang tinggi dan pencerahan ilmu yang berguna kepada pelajar dalam membincangkan isu-isuyang berkaitan ,''katanya dalam sidang akhbar di kampus IPG Ilmiu Khas, Kuala Lumpur, baru -baru ini.
DeTIK dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia dan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.
Berbeza dengan pertandingan debat lain, 160 peserta DeTIK berusia 21 tahun ke bawah yang terdiri daripada penuntut IPG, institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, klej universiti dan politeknik.
Menurut Roziah, pertandingan ini masih baharu kepada para peserta justeru boleh dikatakan mereka ini dalam kalangan pendebat ' junior.'
''Yang penting melalui DeTIK, kami harap dapat melahirkan golongan ilmuanyang mampu untuk berhujah penuh berhemah di khalayak ramai disamping memupuk semangat kerjasama berpasukan yang tinggi,'' tegasnya
Selaint itu, jelas beliau, pertandingan debat dalam bahasa Melayu ini juga bertujuan meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa dengan baik dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat, selain memartabatkan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di persada negara, serantau dan antarabangsa.
''Kita juga berharap pelajar dapat mengenali budaya komunikasi yang sihat melalui perbincangan secara ilmiah di samping menjunjung tinggi semangat muhibah dalam kalangan wargapendidik dan memartabatkan ilmu dan nama baik IPG dalam bidang pengucapan awam dan perdebatan bahasa melayu,''
Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 kepada johan danRM1,500 untuk pemenang tempat kedua.
Peringkat akhir dan penyampaian hadiah akan disempurnakan olehTimbalan Menteri Pendidkan I, P. Kamalanathan pada 5 Oktober ini.
Selaku tuan rumah, IPG Ilmu Khas menghantar dua pasukan, begitu juga Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia manakala IPT lain menghantar satu pasukan sahaja.
Sunday, September 20, 2015
YPC ANJUR SEMINAR PEPERIKSAAN
Pelajar tingkatan tiga sekolah angkat YPC tekun menjawab soalan dalam Seminar Ppeperiksaan PT3 anjuran Yayasan
itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Yayasan Pendidkan Cheras, sejak sesi awal persekolahan tahun ini mengadakan seminar peperiksaan bagi meingkatkan persediaan 500 pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 dari sekolah-sekolah angkatnya.
Baru-baru ini, Bior Latihan dan Pendidikan YPC telah mengundang guru-guru subjek yang berpengalaman untuk membimbing pelajar tingkatan tiga memahami kaedah yang betul menjawab soalan mengikut kehendak struktur peperiksaan dalam satu Seminar Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di Kuala Lumpur.
Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, program pendidikan seperti ini akan diadakan secara berterusan agar pelajar di sekolah-sekolah angkat YPC membuat persediaan secara lebih berfokus untuk menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). PT3 dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
''Seminar peperiksaan yang kita adakan ini, merupakan satu lagi komitmen berterusan YPC unrtuk membantu kecemerlangan sekolah-sekolah angkat.
Kita ingin melihat kejayaan yang berterusan di peringkat sekolah-sekolah angkat , hingga mampu menjadi contoh atau role model kecemerlangan kepada sekolah-sekolah lain, katanya - Artikel akhbar UM -21 Sept 2015
Tuesday, September 15, 2015
DATA RAYA TUTOR MUDAHKAN TUGAS GURU
Ismail Musa (duduk) melihat isi kandungan perisian Data Raya Tutor bersama Edahwati Abdul Halim (tiga dari kiri)
sambil diperhatikan Othman Mohamad(dua dari kiri) dalam Majlis Pelancaran Data Raya Tutor di SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR 14 Sept. - Laman Portal Pendidikan Utusan Malaysia, Data Raya Tutor diyakini mampu dan memudahkan guru-guru bagi memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) di dalam bilik darjah.
Timbalan Pengarah Pendidikan, Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar/Pudu, Kuala Lumpur, IsmailMusa berkata, pihaknya yakin proses transformasi pendidikan yang sedang dilaksanakan dapat dilakukan dengan lebih midah terutama dalam aspek menintegrasikan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan penggunaan teknologi di dalam bilik darjah dengan adanya pendekatan sebegini.
Katanya, program Data Raya Tuotr itu dilihat sebagai kemudahan untuk meringankan tugas guru-guru dalam mencari bahan pengajaran yang berkualiti, sekaligus mampu meingkatkan prestasi pencapaian akademik para pelajar.
" Saya difahamkan, pelajar dan guru boleh mengakses program Data Raya Tutor secara dalam talian dengan menggunakan pelbagai platform dan gajet iaitu sama ada komputer riba, telefon pintar atau tablet bagi membantu aktiviti pembelajaran serta menjadi rujukan berguna kepada mereka di sekolah.
"Saya yakin penggunaan Data Raya Tutor yang bersifat dalam talian menyediakan gaya pembelajaran terkini penuh bermaklumat, di samping merangsangkan guru serta pendidik bagi memantapkan lagi perancangan, tindakan dan amalan guru ke arah kejayaan pelajar,"katanya ketika berucap dalam majlis Pelancaran Data Raya Tutor anjuran Utusan Malaysia di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Ismail Mohd. Nor, Ahli LembagaPerancang Strategik Unit Pendidik Utusan Malaysia, Datuk Abu Hanipah Pandak Yahaya, Penasihat Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Jalan Peel, Edahwati Abdul Halim dan Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Azman Husin.
Data Raya Tutor merupakan perkongsian P&P antara guru di seluruh negara, berperanan dalam membantu dan memudahkna guru-guru mengakses, memilih, memanipulasi dan memuat turun soalan-soalan yang disediakan.
Data soalannya menepati sukatan pelajaran semasa dan memudahkan pendidik merancang pembelajaran dengan lebih awal melalui bahan terkini serta boleh diakses di laman web www.tutor.com.my.
Sementara itu, Othman berkata, program itu merupakan inisiatif dalam penambahbaikan edisi sedia ada bagi memudahkan wargs guru mengakses isi kandungan pelajaran, mengintegrasikan bahan, sekaligus menyediakan bahan pengajaran lebih baik untuk pelajar.
Katanya, melalui program tersebut, guru-guru dapat menambah dan memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran secara percuma melalui pautan yang disediakan di Data Raya Tutor.
"Data Raya Tutor menggunakan konsep 3T iaitu Tutor, Teacher, Teaching bagi membantu mereka(guru dan pelajar)mendapat segala maklumat terkini melalui soalan - soalan latih tubi yang mengandungi elemen-elemen KBAT, sekaligus meningkatkan pencapaian keputusan murid-murid, katanya.
Dalam pada itu, Edahwati memberitahu, program tersebutmerupakan platform terbaik memudahkan terutamanya guru-guru dalam mencari dan menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti untuk sesi pengajaran.
" Dengan kepesatan teknologi kini, saya yakin program ini mampu membimbing guru-guru dan pelajar untuk memperoleh segala bahan pengajaran dan ilmu pengetahuan dengan lebih cepat dan berkesan
" Insya-Allah, saya yakin Data Raya Tutor akan memberi banyak manfaat, sekaligus mampu melonjakkan prestasi, katanya, Pada majlis tersebut, YPC turut menaja 500 akaun Tutor bernilai RM5,000 kepada 12 buah sekolah di sekitar Cheras yang merupakan anak angkatnya termasuk SMK Convent Jalan Peel , SMK Seri Saujana, SMK Seri Permaisuri, SMK Seri BintangUtara, SMK Seri Bintang Selatan, SMK Puterijaya, SMK Miharja, SM Teknik Cheras, SMK Dato' Onn, SMK Perempuan Pudu, SMK Cheras dan SMK Yaakob Latif.-PETIKAN ARTIKEL UTUSAN 15 SEPTEMBER 2015
Tuesday, September 8, 2015
SEMINAR UPSR 2015
Yayasan
Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu
(PPWBP) telah menganjur seminar UPSR peringkat sekolah angkat bagi tahun 2015.
Tujuan seminar ini adalah untuk membantu murid tauhn 6, membuat persiapan bagi
menghadapi peperiksaan UPSR yang akan diadakan pada minggu kedua , bulan
september 2015. Penyertaan adalah seramai 240 orang pelajar yang terdiri
daripada pelajar Tahun 6 sekolah angkat dan juga bukan sekolah angkat sekitar
Parlimen Cheras. Seminar ini telah berlangsung pada 26 dan 27 Ogos 2015 yang
bertempat di Dewan Utama Kolej YPC, Taman Maluri, Cheras.
SEMINAR PT3
Seminar PT3 yang telah diadakan pada 1 dan 2 Sept
2015 bertempat di Kolej YPC IT Web telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar sekolah angkat dan juga bukan
sekolah angkat sekitar cheras. Peserta program ini adalah seramai 235 orang
pelajar tingkatan 3. Objektif utama seminar ini adalah untuk membantu murid
tingkatan 3, membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan PT3 yang akan
diadakan pada bulan Oktober 2015.
Tuesday, August 25, 2015
Seminar PIBG anjuran YPC memberi fokus kepada PBS dan KBAT sebagai satu transformasi
SERAMAI 300 orang ibu bapa dari sekolah-sekolah menengah dan
rendah Wilayah Pudu, Kuala Lumpur telah menghadiri seminar PIBG anjuran Yayasan
pendidikan Cheras(YPC) baru-baru ini. Objektif utama seminar ini ialah untuk
memberikan pendedahan khusus kepada ibu bapa mengenai perubahan semasa yang
berlaku dalam sistem pendidikan negara.
Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Satu Transformasi
Dalam Sistem Pendidikan Negara merupakan tajuk yang dipilih oleh Biro
Pendidikan YPC. Tajuk ini sangat relevan dengan perubahan semasa yang berlaku
dalam sistem pendidikan hari ini dan ianya melibatkan sekolah secara langsung.
Dua Orang penceramah dari lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu
Dr Rahimah bt Adam dan Ustaz Khalid Ahmad Dahalan telah berkongsi pengetahuan tentang
tajuk tersebut dan berjaya menarik perhatian peserta seminar. Ramai ibu bapa
yang tampil mengemukakan pelbagai soalan, malah mereka mahukan supaya program
seperti ini diadakan selalu.
Menurut pengerusi YPC Datuk Seri Syed Ali Al Habshee,
program yang dilaksanakan oleh YPC tidak tertumpu kepada warga guru sahaja,
malah juga ibu bapa. Seminar tersebut merupakan suatu usaha yang diambil untuk
mengurangkan keresahan ibu bapa mengenai pembelajaran anak-anak di sekolah.
“ kita ucapkan syabas dan tahniah kepada ibu bapa yang hadir,
ianya menunjukkan satu rasa tanggungjawab tentang anak-anak mereka di sekolah.
Ibu bapa tidak boleh menyerahkan anak-anak kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi
mesti ada tannggungjawab bersama, jika ingin melihat anak-anak kita berjaya”
tambah Syed Ali lagi.
Dalam ucapan penutupan seminar,
Datin Hjh Nawal bt Salleh Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia memuji usaha
yang dilaksanakan oleh Yayasan Pendidikan Cheras. Sebagai Badan Bukan Kerajaan
(NGO) ,YPC telah melakskanakan banyak program pendidikan yang memberi banyak kebaikan
kepada semua.
“ Ibu bapa tidak perlu gusar
dengan pelaksanaan PBS dan KBAT di peringkat sekolah, kerana ianya akan
memberikan impak yang baik dan sangat
berguna untuk kejayaan anak-anak pada jangka masa panjang. KBAT boleh
merangsang anak-anak untuk menjadi bijak berfikir” tambahnya lagi.
Monday, August 24, 2015
SEMINAR PIBG PERINGKAT MENENGAH & RENDAH WILAYAH PUDU
Yayasan Pendidikan Cheras telah berjaya
menganjurkan Seminar PIBG peringkat menegah dan rendah wilayah Pudu pada 20
Ogos 2015 bertempat di Dewan Utama, Tingkat 4, Kolej YPC IT WEB, Taman Maluris
Cheras, Para peserta terdiri daripada YDP PIBG , AJK PIBG dan juga ibu bapa serta guru-guru
dari sekolah menengah dan rendah wilayah Pudu.Objektif atau matlamat program
ini adalah untuk memberi pendedahan kepada AJK PIBG mengenai perubahan-
perubaham semasa yang berlaku dalam sistem pendidikan negara, khususnya
berkaitan dengan peperiksaan dan penilaian yang berlaku di peringkat
sekolah. Selain itu, dalam seminar tersebut
juga disentuh juga perkara yang sangat
penting ynng hangat diperkatakan pada masakini dikalangan ibupada iaitu “ PBS
dan KBAT satu transformasi dalam sistem pendidikan Negara. Ibu bapa telah
diberikan penerangan apa itu PBS dan juga KBAT. Seminar ini memberi impak yang
sangat baik kepada ibubapa peringkat sekolah menengah dan rendah khususnyA
wilayah Pudu, Kuala Lumpur . Majlis
penutupan rasmi telah dirasmikan oleh Pemgarah Lembaga Peperiksaan Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Datin Hajah Nawal binti Salleh, Datuk
Seri Syed Ali Alhabshee Yang merupakan Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras serta
Hj, Ismail bin Musa , Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu dan
Ketua Pegawai Eksekutif YPC dan juga
Pengerusi Biro Latihan dan Pendidikan YPC.
Friday, August 21, 2015
TUTOR PENUHI KEPERLUAN AKADEMIK
SYED ALI AL-HABSHEE (tengah) menyampaikan cek replika tajaan Tutor kepada Azmy Mohamed sambil diperhatikan Rosita Abu Bakar selepas majlis pelancaran tajaan akhbar itu di Sk Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Penggunaan akhbar pendidikan Utusan Malaysia,
Tutor memberi impak positif dalam pencapaian akademik murid termasuk di
sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) bermula sejak dua tahun lalu.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Convent
Jalan Peel, Rosita Abu Bakar berkata, Tutor amat bermanfaat kepada guru dan
murid serta mampu menjadi bahan rujukan terbaik kepada murid terutama menjelang
minggu terakhir peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) nanti.
“Banyak faedah menggunakan Tutor kerana akhbar
pendidikan ini sarat dengan soalan latih tubi yang mengandungi elemen kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) seperti yang dikehendaki oleh Kementerian
Pendidikan.
“Pendek kata, Tutor memenuhi keperluan murid
dan guru cuma terpulang kepada kita sendiri untuk menggunakannya dengan cara
yang terbaik dan berkesan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis
penyerahan tajaan Tutor kepada 18 sekolah angkat YPC di sekolah itu di Kuala
Lumpur, baru-baru ini.
Tajaan bernilai RM7,125 itu disampaikan oleh
Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee kepada Penolong Pengarang
Pendidikan Utusan Malaysia, Azmy Mohamed.
Selama 10 minggu bermula edisi ke-26, Tutor
tajaan YPC ini akan memberi manfaat kepada 1,425 calon UPSR di kawasan Parlimen
Cheras.
Tutor merupakan instrumen soalan dalam konteks
pentaksiran, yang itemnya dibangunkan mengikut format semasa dan terkini bagi
setiap mata pelajaran.
Akhbar ini eksklusif untuk langganan sekolah
pada harga 50 sen senaskhah.
Selain SK Convent Jalan Peel, sekolah lain
yang menerima tajaan Tutor YPC ini ialah SK Seri Bintang Utara, SK Seri Bintang
Selatan, SK Jalan Hang Tuah 1 dan 2, SK Perempuan Pudu 1 dan 2, SK Yaakob Latif
1 dan 2, SK Taman Segar, SK Taman Midah 1 dan 2, SK (Lelaki) Jalan Batu, SK
Seri Cheras, SK Seri Mega, SK Jalan Pasar 1 dan 2.
Sementara itu, guru SK Seri Bintang Utara,
Razdiah Bakar mengakui terdapat perubahan positif dalam pencapaian akademik
sekolah tersebut berdasarkan keputusan UPSR lalu.
Thursday, August 20, 2015
PELANCARAN TUTOR UTUSAN UPSR 2015
Yayasan Pendidikan
Cheras sekali lagi telah berjaya melaksanakan majlis pelancaran TUTOR Utusan
Malaysia peringkat sekolah-sekolah angkat YPC pada 2 Julai 2015 bertempat di SK
Convent Jalan Peel dan telah dirasmikan oleh Pengeusi YPC iaitu Datuk Seri Syed
Ali Alhabshee. Sebanyak 18 buah sekolah yang telah menerima penajaan majalah
tersebut yang bermula pada 2 Julai sehingga September 2015.
KAUNSELOR TERAPI SENI
Pada 17 Jun 2015 Yayasan Pendidikan Cheras telah menganjurkan seminar terapi seni
kepada guru- guru kaunselor peringkat menengah. Kehadiran peserta adalah
seramai 40 orang. Objektif utama seminar ini adalah untuk menerapkan kemahiran
berkomunikasi dan pendekatan terhadap masalah yang dihadapi mangsa bencana dan
lain-lain kes.
BENGKEL LINUS
Bengkel Linus telah diadakan pada 10 Jun 2015. Bengkel ini diadakan khusus kepada Guru-guru besar sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras yang dihadiri seramai 50 orang guru besar. Ini merupakan program yang dilaksanakan oleh Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu (PPWBP) dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras.Penyertaan adalah terdiri daaripada guru-guru sekolah rendah sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras. Dalam bengkel tersebut para guru didedahkan dengan objektif linus dan juga persoalan dan kerangka kajian serta masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam berdepan dengan pelajar-pelajar Linus ini.Program ini adalah terbaik kerana semua guru dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan masing-masing.
KURSUS PROTOKOL DAN ETIKA GURU BESAR
Program ini telah diadakan pada 4 Jun 2015 yang
melibatkan semua Guru-guru Besar Wilayah Bangsar dan Pudu. Dalam program
tersebut semua guru besar telah di dedahkan cara protokol dan etika sebagai
seorang guru. Jumlah kehadiran adalah seramai 160 orang guru besar dari
pelbagai aliran sekolah iaitu sekolah kebangsaan dan juga sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran
Wilayah Bangsar dan Pudu dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras. Majlis
Penutupan telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Jamaludin bi Abudullah iaitu Pengerusi
Biro Latihan dan Pendidikan YPC.
KURSUS KBAT MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH
Kursus KBAT dalam Matematik peringkat menengah telah diadakan dengan jayanya pada 27 Mei
2015 dan dihadiri oleh seramai 60 orang guru-guru subjek Matematik Tingkatan 1
Zon Bangsar dan Pudu. Tujuan kursus ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran guru tentang aplikasi KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran
subjek Matematik di sekolah.
KURSUS PENYELIAAN MODEL GROW
Kursus
ini telah diadakan pada 20 Mei 2015,
bertempat Kolej YPC IT WEB. Kursus ini diadakan Khas untuk Penolong kanan
Akademik dan Pentadbiran, dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu (PPWBP). Objektif kursus ini diadakan untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran mengenai pengurusan sekolah yang cemerlang pada
kalangan Penolong Kanan dan pentadbiran. Dalam kursus tersebut topik yang dibincangkan adalah topik PT3 dan PAJSK, UPSR dan SPM serta plan taktikal kurikulum. Kursus ini melibatkan seramai 160 orang guru penolong kanan akademik dan pentadbiran seluruh Bangsar dan Pudu yang terdiri daripada sekolah menengah dan rendah.
Wednesday, August 19, 2015
KEM TAHUN 6 SK SERI BINTANG SELATAN
Program telah diadakan
pada 22 -23 April 2015 bertempat di Dewan Seminar Kolej YPC IT WEB yang
dihadiri seramai 120 orang pelajar Sekolah Rendah Seri Bintang Utara. Dalam program
tersebut pelajar-pelajar tahun 6 diberi pendedahan berkaitan dengan teknik
menjawab peperiksaan UPSR serta cara untuk meramal sesuatu topik yang akan
keluar.Majlis penutupan telah dihadiri oleh Pengerusi Biro Latihan dan Pendidikan
YPC iaitu Tn.Hj.Jamaludin bin Abdullah dalam ucapan beliau menjelaskan program
ini sangat sesuai dan sekolah yang lain perlu mengadakan program seperti ini agar pelajar dapat mengetahui cara yang betul teknik untuk menjawab soalan didlalam pepriksaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)